Monday, January 31, 2005
Warna-warni kehidupan..


Kelmarin..
Warna-warna duka..
Terpamer di wajah..Suram bagai langsung tidak bermaya..
Cuba disorok namun kalah jua..

Hari ini..
Dihiasi warna-warna ceria..
Bersama terukir  indah senyuman di bibir..
Tanda hati mekar berbunga..

Esok..
Kita masih belum tahu..
Hitam putih sebuah kehidupan..
Yang serba berkemungkinan..


::Apa agaknya kemungkinan utk esok hari..?Moga kita sentiasa bersedia,redha dengan takdir dan ketentuanNya..::


Posted at 03:52 pm by arcakasih
Katakanlah..  




Tuesday, January 11, 2005
Pinjam...

Dari blog selendangbiru

"Tak peduli bagaimana akhirnya sebuah hubungan,yang penting bagaimana kita menjalaninya..Kalau kita menjalani dengan hati yang bahagia,waktu yang berlalu tak pernah sia-sia.."

Sumber asal :gigitakbertatoo.

Sangat setuju dengan petikan kata-kata di atas,hargai dan jalani kehidupan yang kita ada dengan sebaiknya...


Posted at 06:18 pm by arcakasih
Renungkan(2)  

2005

Alhamdulillah,minggu ni everything back to normal..Thanks God!

...Kita sering mengeluh bila kita susah,sedih,kalah,putus cinta mahupun derita...Kita seringkali terlupa ada lagi manusia lain yang lebih susah,lebih sedih,lebih menderita,putus cinta yang perit..Kita kalah dengan emosi sendiri..Belajarlah utk bersyukur,kerna masih ada mereka yang tidak bernasib baik seperti kita...


::Aku tidak mahu menjadi salah seorang mereka yang lupa...Ya Allah,bantulah aku..:)::

Posted at 05:41 pm by arcakasih
Katakanlah..  




Monday, January 03, 2005
SMS

"Biar rebah jangan berubah..biar terbuang terus berjuang..
Ujian adalah tarbiyah dari Allah..
Semakin dekat bahtera diri kepadaNya,semakin kuat ribut taufan melanda.."


Posted at 07:09 pm by arcakasih
Renungkan(1)  




Sunday, January 02, 2005
Sabar

Sabar,semenjak dua menjak ni perkataan sabar cukup sinonim dengan kehidupan aku.Mungkin Tuhan ingin menguji sejauh mana aku kuat,cekap dan sabar dalam menangani kehidupan harian.Kuasa Tuhan tiada terbatas,Insya Allah ada hikmahnya atas segala peristiwa suka duka yang aku lalui..Untuk redha dan rela dengan ketentuanNya..Aku perlukan kesabaran,kekuatan juga ketabahan.Ya ALLAH,bantulah aku..Moga aku sentiasa dalam petunjuk dan rahmatMU.AMIN..
Bila aku renung kembali..Aku masih belum cukup kuat untuk mengajar diri bersabar rupanya.Kuat dalam sesetengah aspek tapi pincang dalam aspek yang lain.Aku masih perlu banyak mengajar diri untuk bersabar.Betapa untungnya bila kesabaran sentiasa didahulukan..Untungnya bila kesabaran menjadi pakaian peribadi..

Kata Hamka-Sabarmu bukan kelemahan tapi itulah sebenarnya kekuatan,sebab engkau kuat mengendalikan diri...

Ada betulnya kan..?Bila kita mampu mengawal diri untuk bersabar,bukankah itu sebenarnya kekuatan..?Kekuatan untuk tidak terlalu menurut emosi...

Mutiara kata pilihan...

  • Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam menjauhkan apa yang engkau tidak suka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka.-Sayidina Ali Abi Talib.
  • Kesabaran bukan berertinya tiada perasaan.Kesabaran ialah kesanggupan mengendalikan perasaan ketika sedih menimpa-Hamka.(Berapa ramai antara kita yang mampu bersabar..?Bila sedih menimpa..?)
  • Sifat penyabar adalah kesabaran menghadapi hal yang menimbulkan kemarahan.(kerna kemarahan itu membuatkan hati tidak bahagia...)

Posted at 07:12 pm by arcakasih
Katakanlah..  




Saturday, October 23, 2004
Mutiara Kata~Bahagia

Orang yang berpegang teguh pd agama,kebahagiaannya ialah ketika meninggalkan perkara-perkara yang dilarang,mengikut yg disuruh,menjauhi yg jahat dan mendekati yg baik.Kata Imam Ghazali,"Bahawa bahagia dan kelazatan hidup yg sejati ialah apabila dpt mengingati Allah..".Hamka menyatakan bahawa tidak sekali-kali dinamakan bahagia dan nikmat jika hati dan khayal kita hanya kita perhubungkan dengan isi alam yang lahir yang harganya menurut keinginan kita.Jangan terlalu diperintah oleh khayalan,angan-angan dan fantasi,kerana itulah yg menggoncangkan kita daripada bahagia yang menjadi tujuan sebenar hidup,yang mulanya menangis akhirnya tertawa dan mulanya pahit akhirnya manis.Hidup yang senang dan bahagia yang kurang bahaya ialah hidup yang mempunyai persangkaan dan penghargaan yang baik,cita-cita yang kuat,angan-angan yang teguh dan jangan terlalu banyak memikirkan perkara yang belum tentu terjadi..

Aku mencari di kebun India,
Aku bersiar di di kebun Yunani,
Aku berjalan di tanah Roma,
Aku mengembara di benua Barat.
Segala buku perpustakaan dunia,
Sudah kubaca segala falsafah,
Sudah kuperiksa,
Akhirnya ku sampai,
ke dalam taman hati sendiri,
di sana bahagia,
sudah lama menanti daku!
-Sanusi Pane,Indonesia.

Kata Saidina Ali r.a,"Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.."


Senyuman,tawa ria hanyalah lukisan lahir,sedangkan bahagia itu terletak di hati...kerna bahagia itu dimulai dari diri sendiri :)


Posted at 08:31 am by arcakasih
Renungkan(1)  




Friday, October 22, 2004
Kawan,teman dan sahabat..?

Aku terbaca seorang teman inginkan definisi antara kawan,teman dan sahabat..

Pada aku,kawan ada lah siapa saja yang aku temui di luar sana di alam siber mahupun di alam realiti..kawan sekerja,kawan sepermainan,kawan kepada kawan yg lain,kawan internet,kawan forum,kawan kat blog..Mereka layak ku gelar sebagai kawan kerna mereka hanya mengenaliku pada zahirnya sahaja..bukan hati budiku,bukan kisah sedih yang aku tanggung bukan juga kisah suka..

Teman,bagiku adalah mereka yang sentiasa ada bersamaku..kalupun tidak byk,mereka ada tempat istimewa dlm hatiku.Teman tak jauh bezanya dari sahabat,cuma teman padaku adalah mereka yg masih belum mengenali aku sepenuhnya..

Tapi sahabat padaku,adalah mereka yang pernah mengharung susah dan senang bersama,berkongsi segalanya..hati dan perasaan,suka dan duka,ratap dan tangis,pendek kata segalanya aku kongsi bersama mereka..
Aku punya ramai kawan,sebilangan teman dan beberapa orang sahabat..Sahabat yang lama adalah cermin yg baik.Bukankah begitu..?


Kita mungkin punya definisi yang berbeza..:)


Posted at 10:54 am by arcakasih
Renungkan(2)  




Sunday, October 10, 2004
Email-Sekuntum Mawar Merah..

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat".Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia... Please forward this email to spread love. May all the love in the world comes to you & your loved ones after reading this. Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini???? Menerima seadanya dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kanlah....


Posted at 03:35 pm by arcakasih
Renungkan(3)  




Monday, October 04, 2004
Copy Paste

"Jangan menjanjikan sesuatu yg sukar utk mengotakannya.Janganlah kita mengharap segunung harapan yang kita citakan akan terhasil.Hari ini,Tuhan berikan secebis kasih sayang.Mungkin besok hari, tuhan campakkan rasa benci.Hargailah kasih sayang hari ini. kelak besok,kita mungkin hilang nikmat kasih sayang.Janganlah terlalu menyalahkan diri sendiri atas kekecewaan.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Kepada Allah jua kita kembali."


Posted at 05:41 pm by arcakasih
Katakanlah..  




Tuesday, September 28, 2004
Tidur

Sejak akhir-akhir ni tidur aku selalu terganggu,selalu dalam seminggu tu..ada gak aku tidur petang.Tapi skang langsung takleh tidur,mata ngantuk+badan pun letih tp mata takmo lelap.Kenapa yek?Bila malam pulak,susah sangat nak lelapkan mata..kalu rasa ngantuk sket jer,mesti kena terus pejam mata.Kang bila terlepas time dia,mesti lagi susah nak tidur.Pastu dalam kul 2 aku mesti terjaga.Kul 5 terjaga lagi,biasa aku bangun kul 6.Macam mana nak dapat tidur yang cukup,kalu asyik terjaga jer?Huh,camne yek..Aku pun heran.Xde apa yang merisaukan fikiran aku lately..tp kenapa payah sangat nak melelapkan mata..?Dah lama rasanya tak rasa nikmat tidur yang sebenar...Bukannya xbaca doa tidur,segala jenis doa yang aku hafal tu aku baca.Tapi masih jugak terjaga,waktu yang sama.Bila dah terjaga kul 5..susah nak tidur balik.Yerlah kul 6 dah nak kena bangun..Harapnya malam ni aku dapat tidur dengan nyenyak...

Posted at 08:00 pm by arcakasih
Renungkan(3)  




Previous Page Next Page
 

Puisi ada lakaran rahsia hati.. Pada jiwa yang bisa mengerti.. Puisiku adalah rasa hatiku.. Yang tercipta tanpa ada rasa sangsi.. Puisiku hasrat hatiku.. Yang hadir dalam fantasi.. Puisiku tak penah berdusta.. Seringkali buat aku tenang.. Bila jari mula menari..

|Pendidik|02July1981| |blue|purple|
pink|brootch||puisi|sweet|simple|ceria| |novel|majalah-nur|jelita|wanita..|
|cik siti wan kembang|
|sweet|simple|elegant| |single but not available...|

|Yahoo ID : cute7112|
|Email : cute7112@yahoo.com|

Walau jauh akan ku gegas berlari..Walau tinggi bisa ku terbang di langit Walau sedalam mana akan ku selami..Kerna cinta sedalam itu mekar bila ku DEKAT PADAMU..!


.::BuKu TaMu::.


Jangan lupa tinggalkan jejak..!
[Tinggalkan Jejak] - [Lihat Buku Tamu]
Free Guestbooks



.::Port Lepak::.

Cik Ril
Bro Jai
Jurnal Alam
Blue Hikari
AiDiL
NeTTBiRu
SayangMama
PrinceJay
TamanHati
Huder
Princessrapunzel
Cyberpen
Opthomopg
saYANg
heldamelissa
HoNeY
aRe_naMe
Home of Asasians
WaNie_SaKuRa
LittleSilence
SelendangBiru
WaliDs
KaK Su
HiKaRu
SharingMySecretWish
PinKusTa
OniZuKa


::MeRaYaU Kat Sini::

MeSRa #1
FReNsTeR
MySpacE
OuM
MoE
YaHoO
BlogDriVe.CoM
AlaF21
cReaTiVe


   





 
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed