YA RABBI...
Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku.
Seorang lelaki yang sungguh mencintai-MU lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-MU.
Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu.
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.
Seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekadar otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah.
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi.
Seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Posted at 11:15 am by arcakasih
 |  |  |
ain June 13, 2007 05:22 PM PDT
assalamualaikum..saya tertarik lah dgn kata2 tu..sya nak tanya ngan arca kasih,awak yg create sendiri ke kata2 tu?ataupun,awak ada daptkan dari mana2 laman web yg bez?kalau ada kata2 yg bez mcm ni lg,bleh x awak bg kat saya?kalau awk x kisah,ni email saya typic_nicegurl@yahoo.com |
 |

 |  |  |
miss_gen2merah August 4, 2006 06:03 PM PDT
sy pun nak copy gak, best jer kata2 tu... |
 |

 |  |  |
arcakasih March 20, 2006 10:06 AM PST
okey..dari email tu.. |
 |

 |  |  |
arisa March 14, 2006 09:56 AM PST
hai awak, salam perkenalan..boleh saya copy entri awak yg satu nih? saya akan copy bila awak dah bg kebenaran..takut kena saman...TQ |
 |